Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ORANG AWAM LEMPAR MERCUN PADA POLIS

DALAM NEGARA

ORANG AWAM LEMPAR MERCUN PADA POLIS

KUALA LUMPUR: Sepasukan anggota polis dilempar mercun semasa menyuraikan sekumpulan orang awam yang berkumpul di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, malam tadi

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, pihaknya mendapat maklumat kira-kira 200 individu terlibat dalam aktiviti membakar mercun secara terbuka di lokasi berkenaan pada jam 12.50 tengah malam.

“Sebaik tiba, kami mendapati kira-kira 200 individu dipercayai penduduk pangsapuri berkenaan berkumpul di kawasan tempat letak kereta dan sedang bermain mercun.

“Keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun yang tidak terkawal apabila kehadiran polis disedari oleh penduduk pangsapuri terbabit,” katanya.

Eng Lai mengulas, polis telah memberikan amaran kepada mereka untuk berhenti namun tidak dihiraukan.

“Semasa pihak polis sedang menyuraikan orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir mengenai pihak polis yang sedang bertugas di lokasi kejadian.

“Letupan terbabit dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar kepada pihak polis. Selepas letupan itu berlaku, orang ramai kemudian segera beredar dari kawasan berkenaan,” katanya.

Bagaimapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan keadaan berjaya dikawal polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil kerana menakutkan secara jenayah dan larangan membakar bunga api yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu, boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di 03-40482206.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LEMPAR MERCUN PADA POLIS, EMPAT INDIVIDU TERMASUK DUA REMAJA DITAHAN – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading