Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PALESTIN KECAM RANCANGAN ISRAEL BINA 7,000 PENEMPATAN DI TEBING BARAT

DUNIA

PALESTIN KECAM RANCANGAN ISRAEL BINA 7,000 PENEMPATAN DI TEBING BARAT

Pelaksanaan pelan itu dianggap peningkatan berbahaya dan provokatif di tengah-tengah konflik serta terang-terangan mencabar pendirian antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS) yang menolak penempatan dan serangan pendatang Yahudi terhadap warga Palestin.

Sumber Gambar: AFP

RAMALLAH: Kementerian Luar Palestin pada Jumaat mengecam kenyataan Menteri Israel Bezalel Smotrich untuk membina 7,000 unit penempatan di Tebing Barat.

Kementerian itu berkata pelaksanaan pelan itu dianggap peningkatan berbahaya dan provokatif di tengah-tengah konflik serta terang-terangan mencabar pendirian antarabangsa dan Amerika Syarikat (AS) yang menolak penempatan dan serangan pendatang Yahudi terhadap warga Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Rancangan itu juga dilihat sebagai tindak balas kepada keputusan pentadbiran AS untuk mengenakan sekatan ke atas beberapa pendatang ekstremis Yahudi.

Kementerian menggesa masyarakat antarabangsa dan pentadbiran AS memaksa Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu supaya menghentikan sebarang pembinaan.

“Kegagalan untuk melaksanakan resolusi antarabangsa yang berkaitan menggalakkan Israel meningkatkan aktiviti penempatan dan mensabotaj usaha antarabangsa untuk menamatkan pencerobohan dan mencapai keamanan,” menurut kementerian itu.

Pergerakan Peace Now Israel menganggarkan lebih 700,000 pendatang tinggal di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur.

Di bawah undang-undang antarabangsa, semua penempatan Yahudi di wilayah yang diduduki dianggap haram.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading