Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGUAM ALGERIA FAIL SAMAN TERHADAP ISRAEL DI ICC

DUNIA

PEGUAM ALGERIA FAIL SAMAN TERHADAP ISRAEL DI ICC

Sekumpulan peguam di Algeria pada Sabtu memfailkan tuntutan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague terhadap pegawai-pegawai Israel yang terlibat dalam jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.

ISTANBUL: Sekumpulan peguam di Algeria pada Sabtu memfailkan tuntutan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague terhadap pegawai-pegawai Israel yang terlibat dalam jenayah genosid ke atas rakyat Palestin.

Algerian National Union of Bar Associations memaklumkan tuntutan mahkamah itu turut ditandatangani persatuan peguam Tunisia, Jordan, Mauritania dan Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Tuntutan mahkamah itu berdasarkan dokumentasi yang dikumpul daripada sumber sahih termasuk foto dan video yang merakamkan perbuatan jenayah Israel di Semenanjung Gaza.

Ini termasuk dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kumpulan antarabangsa dan perintah terbaharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengesahkan bukti munasabah berhubung jenayah genosid di Gaza.

ICJ pada 26 Jan mendapati dakwaan Afrika Selatan bahawa Israel melakukan genosid adalah munasabah.

Mahkamah mengeluarkan perintah sementara menggesa Israel menghentikan sekatan bantuan ke Gaza dan memperbaiki situasi kemanusiaan.

Israel melancarkan serangan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 27,131 rakyat Palestin dan mencederakan 66,287 lagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading