Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM DICEKUP BERKHALWAT

DALAM NEGARA

PASANGAN PELAJAR UNIVERSITI AWAM DICEKUP BERKHALWAT

Dua pelajar sebuah universiti awam dicekup berkhalwat di sebuah hotel di Bakar Arang, di sini hari ini.

SUNGAI PETANI: Dua pelajar sebuah universiti awam dicekup berkhalwat di sebuah hotel di Bakar Arang, di sini hari ini.

Pasangan bakal bergelar doktor pergigian yang berusia 20-an itu bertindak sedemikian dengan memberi alasan untuk berbincang berkenaan tugasan universiti.

Mereka menyedari selepas penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda (PADKM) mengetuk pintu bilik mereka dalam Operasi Khas PADKM bermula antara 12 tengah malam hingga 3 pagi tadi selepas menerima aduan awam.

Pegawai Agama Daerah Kuala Muda Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, pasangan tersebut pada awalnya enggan membuka pintu bilik hotel sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.

“Kita terpaksa mendapatkan kunci pendua daripada penjaga hotel selepas hampir 30 minit mengetuk pintu.

“Siasatan mendapati penuntut wanita berasal dari Taiping, Perak, manakala pasangannya berasal dari Selangor, malah mereka gagal menunjukkan bukti mempunyai hubungan mahram,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 25, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2014 kerana berkhalwat dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading