Selangor FC menewaskan Terengganu FC 3-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam ini.
PETALING JAYA: Selangor FC mencalarkan ego Terengganu FC selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1 pada pertembungan separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini, malam ini.
Kekalahan itu menamatkan rentetan sembilan kemenangan berturut-turut skuad Penyu dalam kesemua pertandingan manakala kejayaan diraih Selangor ‘memanjangkan’ rekod tanpa kalah skuad bimbingan Tan Cheng Hoe kepada sembilan perlawanan sejak dilantik menjadi Ketua Jurulatih hujung September lepas.
Di awal permainan, pertembungan kedua-dua pasukan itu yang kali terakhir berentap di pentas separuh akhir pada edisi 2011 dikuasai Terengganu yang mendahului menerusi sepakan percuma ketua pasukan Tchetche Kipre menewaskan penjaga gol Mohd Khairulazhan Mohd Khalid pada minit ke-19.
Terengganu, di bawah bimbingan Mohd Nafuzi Mohd Zain berpeluang menambah jaringan tiga minit kemudian, namun bola tolakan pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim dalam kotak penalti gagal disambar penyerang Kpah Sherman sebelum dikeluarkan Mohd Khairulazhan.
Mohd Khairulazhan kemudian bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan jarak dekat Manuel Ott sebelum Selangor berjaya menjaringkan gol penyamaan selepas pemain pertahanan Richmond Tetteh Ankrah menanduk masuk sepakan sudut Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi pada minit ke-37.
Gol tersebut ternyata membakar semangat Skuad Gergasi Merah sehingga hampir meledak gol kedua tetapi rembatan Hein Htet Aung dari jarak dekat pada minit ke-39 berjaya ditepis keluar Mohd Suhaimi Husin sebelum penjaga gol itu tertewas buat kali kedua empat minit kemudian.
Penyerang sensasi Herlison Caion De Souza Ferreira menggandakan kedudukan buat Selangor selepas bijak mencari ruang untuk menanduk masuk sepakan sudut Muhammad Mukhairi sekali gus mencetak gol kelima dalam kempen Piala Malaysia musim ini.
Momentum cemerlang Selangor sepanjang 45 minit pertama diteruskan pada babak kedua yang menyaksikan mereka hanya memerlukan sembilan minit selepas rehat untuk meraih gol ketiga, kali ini giliran pemain pertahanan Sharul Nazeem Zulpakar menanduk masuk sepakan penjuru Muhammad Mukhairi.
Kedudukan 3-1 itu kekal sehingga wisel penamat selepas Terengganu yang merupakan naib juara Liga Super musim ini, mensia-siakan beberapa peluang jaringan terhidang termasuk satu percubaan Kpah Sherman dari jarak dekat yang sekadar menggegar palang pada minit ke-88.
Kekalahan di tempat lawan menyaksikan Terengganu yang kali terakhir muncul juara pada edisi 2001 dan kali terakhir mara ke final pada edisi 2018, berdepan tugas getir pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Isnin ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager