Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHAH ALAM, KLANG ANTARA KAWASAN MULA BANJIR EKORAN HUJAN LEBAT

DALAM NEGARA

SHAH ALAM, KLANG ANTARA KAWASAN MULA BANJIR EKORAN HUJAN LEBAT

Antara kawasan yang dilaporkan sudah dinaiki air adalah Bukit Lanchong dan Taman Sri Muda, Shah Alam; Bukit Sentosa, Kota Raja, Taman Sri Andalas, Klang.

SHAH ALAM: Beberapa kawasan di Selangor mula dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Antara kawasan yang dilaporkan sudah dinaiki air adalah Bukit Lanchong dan Taman Sri Muda, Shah Alam; Bukit Sentosa, Kota Raja, Taman Sri Andalas, Klang.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Norazam Khamis, pasukan bomba sedang meninjau dan memulakan operasi di kawasan-kawasan terlibat.

Perkembangan lanjut mengenai keadaan banjir akan dimaklumkan dari masa ke masa.

Sementara itu beberapa hantaran di media sosial melaporkan penduduk di Sri Muda, Shah Alam sudah mula memindahkan kenderaan mereka ke tempat lebih tinggi supaya tidak ditenggelami banjir.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading