Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PASUKAN PEMATUHAN DIGERAKKAN SUSULAN KESESAKAN PPV HOTEL GRAND SEASON

DALAM NEGARA

PASUKAN PEMATUHAN DIGERAKKAN SUSULAN KESESAKAN PPV HOTEL GRAND SEASON

DANG WANGI: Polis telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan pasukan pematuhan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Hotel Grand Season, Kuala Lumpur bagi mengawal kesesakan di lokasi tersebut hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, pasukan pematuhan yang diarahkan berjaya mengawal keadaan di PPV tersebut sehingga program vaksinasi selesai.

“Sebuah video viral berdurasi selama 7 minit 15 saat yang menunjukkan kesesakan orang ramai di PPV Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

“Hebahan telah dibuat kepada orang ramai yang hadir supaya membuat penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” dalam kenyataannya, hari ini.

Pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan perlanggaran SOP, hubungi IPD Dang Wangi di 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sebelum ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan ramai orang sedang beratur untuk menerima vaksinasi tetapi tidak mematuhi SOP dengan tiada penjarakan sosial.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading