Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PBB PERBAHARUI MANDAT UNRWA BANTU PELARIAN PALESTIN

DUNIA

PBB PERBAHARUI MANDAT UNRWA BANTU PELARIAN PALESTIN

RAMALLAH : Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyambut baik keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam dalam memperbaharui mandat Agensi Bantuan dan Kerja Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).

Agensi Berita Palestin WAFA memetik Abbas dalam satu kenyataan rasmi sebagai berkata, “170 negara mengundi memihak kepada resolusi itu, hanya Israel dan Amerika Syarikat menentangnya.”

Abbas berkata “resolusi itu membuktikan bahawa dunia bersama rakyat Palestin dan perjuangan serta hak bersejarah mereka”.

Ia menterjemahkan pendirian dunia dalam menyokong pelarian Palestin dan meneruskan khidmat kepada mereka sehingga penyelelesaian dicapai mengikut resolusi PBB, kata Abbas.

Sementara itu, Menteri Luar Pihak Berkuasa Palestin, Reyad al-Malki sebelum ini menyatakan bahawa majoriti dalam Perhimpunan Agung PBB yang mengundi semalam memihak kepada tujuh resolusi, termasuk penerusan bantuan kepada pelarian Palestin melalui UNRWA.

UNRWA ditubuhkan pada tahun 1949 menyediakan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan bantuan kepada sekitar lima juta pelarian Palestin di Jordan, Syria, Lubnan, Tebing Barat, dan Semenanjung Gaza. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading