Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PBB; SEKURANG-KURANGNYA 185 TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN DI SUDAN

DALAM NEGARA

PBB; SEKURANG-KURANGNYA 185 TERBUNUH DALAM PERTEMPURAN DI SUDAN

Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan, kata pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Jerman Volker Perthes menerusi sidang video di New York.

Sumber gambar: AFP

NEW YORK: Sekurang-kurangnya 185 orang terbunuh dan 1,800 lagi cedera dalam pertempuran di Sudan, kata pengantara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Jerman Volker Perthes menerusi sidang video di New York.

Di ibu negara Khartoum, pertempuran sengit masih berterusan di kebanyakan jambatan, di sekitar lapangan terbang antarabangsa dan ibu pejabat tentera, katanya. Pertempuran juga berlaku di wilayah Darfur, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Perebutan kuasa yang berlarutan antara tentera di bawah pimpinan pemerintah Abdel Fattah al-Burhan dan saingannya Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai timbalannya Mohammed Hamdan Daglo semakin memuncak pada hujung minggu.

Sehingga kini masih belum jelas puak mana yang mempunyai kelebihan di medan perang memandangkan situasi yang mengelirukan serta kenyataan yang bercanggah daripada kedua-dua pihak dalam konflik itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading