Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGUMUMAN PENTING PM ANWAR 2 PETANG ESOK

DALAM NEGARA

PENGUMUMAN PENTING PM ANWAR 2 PETANG ESOK

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan perkhabaran gembira menjelang Hari Raya Aidilfitri, jam 2 petang esok.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengumumkan perkhabaran gembira menjelang Hari Raya Aidilfitri, jam 2 petang esok.

Baru-baru ini, berlegar di media sosial tentang beberapa jangkaan dan berita baik yang akan diumumkan Anwar.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming turut membuat ciapan di Twitter mengenai pengumuman Anwar, kurang seminggu lalu.

Sementara itu, media tempatan turut diundang membuat liputan pengumuman itu yang dijangka diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Setakat ini tiada maklumat berhubung perkara yang bakal diumumkan Anwar, namun berdasarkan maklum balas warga net, antara yang diharapkan ialah pemberian tol percuma serta cuti tambahan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading