Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PDRM TAWAR 50 PERATUS DISKAUN SAMAN SEMPENA PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2023

DALAM NEGARA

PDRM TAWAR 50 PERATUS DISKAUN SAMAN SEMPENA PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2023

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kaunter bayaran saman yang menawarkan pengurangan saman terpilih sebanyak 50 peratus di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya sempena Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023.

Menurut poster yang diuar-uarkan menerusi hantaran Facebook Merdeka360, tawaran tersebut berlangsung di reruai nombor lapan pada Ahad (16 Julai) bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 3 petang dengan pembayaran secara tunai sahaja.

“Semua saman layak mendapat diskaun kecuali kemalangan, saman NC (non compoundable), saman status Op Selamat, saman bicara mahkamah, saman berkaitan kenderaan berat seperti motorlori, kesalahan potong secara merbahaya atau potong barisan serta kesalahan menggunakan lorong kecemasan,” menurut poster tersebut.

Selain itu, tiga lagi saman yang tidak layak mendapat diskaun adalah ketidakpatuhan lampu isyarat merah, memotong di garisan berkembar dan pengubahsuaian ekzos kenderaan.

Pelbagai program dilaksanakan di venue berkenaan antaranya 6,600 Langkah Perpaduan, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2023 dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG 2023) bermula Sabtu sehingga Ahad ini.

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan diadakan di Dataran Putrajaya manakala Sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept berlangsung di Kuching, Sarawak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading