Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA BERANAK KEMALANGAN, KERETA REMPUH GUNI

DALAM NEGARA

LIMA BERANAK KEMALANGAN, KERETA REMPUH GUNI

Lima beranak terlibat kemalangan apabila kereta dinaiki mereka merempuh puluhan guni muatan bahan mentah yang terjatuh daripada sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan (Arah utara) di Kilometer 210.6 awal pagi tadi.

Media Sosial

ALOR GAJAH: Lima beranak terlibat kemalangan apabila kereta dinaiki mereka merempuh puluhan guni muatan bahan mentah yang terjatuh daripada sebuah lori di Lebuh Raya Utara-Selatan (Arah utara) di Kilometer 210.6 awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh, Penguasa Bomba Kanan 1 (KUP) Zainuddin Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.59 pagi.

Seramai 24 anggota termasuk bantuan daripada BBP Alor Gajah telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Apabila tiba di lokasi, bomba mendapati sebuah MPV jenis Honda Odyssey telah melanggar longgokan guni berisi bahan plastik mentah di lorong kanan.

“Semua penumpang iaitu pasangan suami isteri dan tiga anak mereka terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Puluhan guni tersebut dipercayai terjatuh daripada sebuah lori sebelum dilanggar MPV yang gagal mengelak ketika itu.

Situasi kemudian dapat dikawal dengan operasi mengalihkan bahan mentah segera dilakukan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading