Ketabahan dan semangat kental Datuk Dr Victor Isaacs, 85, membuahkan hasil apabila beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selepas enam tahun.
KUALA NERUS: Ketabahan dan semangat kental Datuk Dr Victor Isaacs, 85, membuahkan hasil apabila beliau berjaya menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) selepas enam tahun.
Victor yang juga peguam berpengalaman membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menimba ilmu apabila beliau berjaya memperoleh PhD pertamanya dalam bidang undang-undang sekali gus menjadi inspirasi kepada orang ramai khususnya golongan muda untuk terus berusaha mencapai kejayaan.
Beliau berkata tesis yang dihasilkan mengupas pengaruh golongan profesional terhadap penggubalan undang-undang berkaitan eutanasia di Malaysia yang disifatkan antara cabaran terbesarnya kerana menyentuh isu sensitif melibatkan aspek perundangan dengan etika perubatan.
“Dalam konteks undang-undang kita, tindakan mencabut alat sokongan hayat pesakit dianggap satu kesalahan dan sebab itu saya mencadangkan supaya UniSZA menubuhkan rumah penjagaan paliatif di dalam kampus bagi membantu pesakit tenat mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA, di sini hari ini.
Beliau berkata inisiatif sedemikian penting bagi memastikan pesakit yang sudah tidak dirawat di hospital masih mendapat penjagaan dan pemantauan berterusan.
“Sekiranya kerajaan tidak mampu menyediakan kemudahan itu di setiap negeri, hospital swasta boleh diberi peluang mengambil alih. Pesakit yang berkemampuan boleh menanggung kos sendiri manakala kerajaan negeri boleh membantu mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.
Ditanya mengenai cabaran sepanjang menyiapkan pengajian, Victor mengakui faktor usia menjadi halangan utama namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk menyiapkan tesis tersebut.
“Walaupun berdepan kehilangan isteri enam tahun lalu, saya tetap meneruskan perjuangan akademik dengan tekad baharu,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi graduan, Dr Zamri Chik, 59, kini bersiap sedia untuk menyambung pengajian PhD kali ketiga selepas menamatkan dua pengajian terdahulu dalam bidang pendidikan di UniSZA.
Zamri yang juga bekas pegawai penyelidikan di Institut Strategik dan Integriti (TSIS) itu berkata perjalanan akademiknya bukan bertujuan mengejar gelaran sebaliknya ingin membantu pelajar dan penyelidik lain bukan sahaja di Terengganu malah dari luar negara termasuk Jordan, Nigeria dan Palestin.
“Orang selalu tanya kenapa buat dua PhD. Sebenarnya daripada PhD kedua inilah saya banyak membantu pelajar buat analisis kajian.
“Niat saya bukan nak kejar nama tetapi nak bantu mana-mana pelajar yang perlukan tunjuk ajar,” katanya sambil menambah minatnya terhadap dunia akademik semakin mendalam apabila setiap kali menamatkan pengajian, rasa ingin tahu dan semangat untuk terus belajar semakin meningkat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.