KES TEMBAK SUNGAI GOLOK: BAKAL BAPA MAUT, TIDAK SEMPAT TIMANG KELAHIRAN ANAK SULUNG
Luluh hati apabila mendapat berita anak lelaki yang bakal menyambut kelahiran anak sulung bulan hadapan maut ditembak dengan kejam, kata ibu Zaiton Abdul Rahman, 64, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kepas Apam di Pasir Mas, hari ini.
PASIR MAS: Luluh hati apabila mendapat berita anak lelaki yang bakal menyambut kelahiran anak sulung bulan hadapan maut ditembak dengan kejam, kata ibu Zaiton Abdul Rahman, 64, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kepas Apam di sini, hari ini.
Beliau berkata lebih memilukan, apabila hari ini menyambut jenazah anak sendiri Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang dihantar pulang menggunakan kenderaan jenazah, ke rumah kira-kira 12.15 tengah hari tadi.
“Semalam saya menerima panggilan daripada menantu Wan Fatihah Mat Hussin, 35, mengatakan ada orang yang dikenali menembak suaminya (Mohd Fuad) beberapa kali di hadapan rumah, kira-kira 7 malam.
“Anak saya dilaporkan cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Golok, namun disahkan meninggal dunia pada 9 malam kerana dikatakan tembakan terkena organ dalaman,” katanya kepada pemberita di rumahnya hari ini.
Zaiton berkata anaknya itu pergi ke Thailand, kerana mahu menguruskan mengenai kelahiran anak sulungnya.
Beliau berkata dia sendiri tidak mengetahui punca kejadian yang menyebabkan anaknya itu ditembak, namun berdasarkan cerita daripada menantunya, suspek ada meminjam wang daripadanya.
“Saya berharap pihak polis Thailand segera menangkap suspek dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.
Sementara itu, Allahyaram Mohd Fuad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra, di sini pada 2.30 petang tadi.
Jenazah Mohd Fuad dibawa pulang dari Sungai Golok, Narathiwat tengah hari tadi, sebelum disembahyangkan di Masjid Kubur Besar.
Jenazah tiba di tanah perkuburan kira-kira 2 petang dan dikebumikan dengan diiringi ahli keluarga serta penduduk kampung.
Isteri arwah Wan Fatihah, menceritakan bahawa kejadian tembakan itu berlaku di hadapannya melibatkan dua individu yang datang dan terus menembak suaminya.
“Ketika itu, arwah sedang memasang kamera litar tertutup di hadapan rumah saya di Sungai Golok, apabila tiba-tiba dua individu datang dan melepaskan tembakan dengan dua laras pistol, menyebabkan suami saya terus rebah.
“Saya segera memeluknya, namun suspek terus melepaskan tembakan hingga kehabisan peluru sebelum melarikan diri dengan kereta,” katanya kepada pemberita di tanah perkuburan.
Wan Fatihah berkata tembakan mengenai bahagian belakang badan dan leher arwah dan pihak hospital memaklumkan suaminya ditembak sebanyak 18 das.
Hari ini, Bernama melaporkan Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan seorang lelaki rakyat Malaysia, maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, malam tadi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests