PENCEMARAN SUNGAI JOHOR: AGENSI BERKAITAN DIARAH SIASAT, AMBIL TINDAKAN TEGAS
Kerajaan mengarahkan agensi dan jabatan berkaitan supaya mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang menyebabkan pencemaran Lembangan Sungai Johor hingga menjejaskan hampir 1.8 juta penduduk di Johor.
KOTA TINGGI: Kerajaan mengarahkan agensi dan jabatan berkaitan supaya mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang menyebabkan pencemaran Lembangan Sungai Johor hingga menjejaskan hampir 1.8 juta penduduk di Johor.
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 121 susulan pencemaran yang mengganggu bekalan air hingga menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA).
Beliau berkata ini kerana pencemaran yang berlaku telah menyebabkan empat LRA ditutup secara berperingkat membabitkan LRA Semangar, Linggiu,Tai Hong dan Sungai Johor.
“Mengikut Seksyen 121, maksimum penalti sebanyak RM15 juta dan penjara maksimum 15 tahun boleh dikenakan terhadap pesalah, yang mencemarkan sumber air hingga menyebabkan penutupan loji bekalan air,” katanya pada sidang media ketika melawat LRA Sungai Johor, di sini hari ini.
Beliau berkata kertas siasatan itu dijangka selesai dalam masa sebulan sebelum dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.
Akmal Nasrullah berkata pihak kementerian juga telah mendapatkan komitmen dari semua jabatan dan agensi berkaitan termasuk SPAN, Badan Kawal Selia Air Johor, Ranhill SAJ dan Jabatan Alam Sekitar dalam melakukan mitigasi bagi memastikan perkara sama tidak berulang.
Beliau berkata sebanyak 455,757 pemegang akaun atau hampir 1.8 juta penduduk terjejas secara berperingkat akibat pencemaran yang berlaku pada Jumaat lepas.
Menurut beliau, setakat ini sebanyak 54 peratus pemegang akaun telah kembali menerima bekalan air, sekali gus menjelaskan jangkaan pulih sepenuhnya secara berperingkat dalam tempoh antara lapan hingga 12 jam.
Selain itu, tiga LRA iaitu LRA Semangar, Sungai Johor dan Linggiu juga telah beroperasi 100 peratus, sementara LRA Tai Hong dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 tengah hari.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor Mohamad Fazli Mohamad Salleh dilaporkan berkata kolam cucian pasir pecah di sebuah kawasan perlombongan pasir darat di daerah Kota Tinggi.
Beliau berkata kejadian itu berpunca daripada pergerakan tanah yang menyebabkan kolam cucian pasir keenam milik sebuah syarikat tempatan itu pecah, lalu mencemari aliran Sungai Johor.
Ia sekali gus menyebabkan paras kekeruhan air mentah di Lembangan Sungai Johor mencatat peningkatan luar biasa hingga 37,400 Nephelometric Turbidity Unit (NTU) berbanding paras normal sekitar 400 NTU.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests