PELAJAR HIDAP CEREBRAL PALSY PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM SPM
Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Lela Pahlawan, Padang Serai dekat Kulim itu antara dua calon istimewa di Kedah yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 3A, 2A-, 1B+, 1C+ dan 2D.
ALOR SETAR: Menghidap penyakit Cerebral Palsy tidak menjadi penghalang kepada Dhia Qaseh Afia Mohd Fadzil untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.
Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Lela Pahlawan, Padang Serai dekat Kulim itu antara dua calon istimewa di Kedah yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh 3A, 2A-, 1B+, 1C+ dan 2D.
“Biasanya, saya akan mengulang kaji pelajaran pukul 3 hingga 4 petang dan 9 hingga 11.30 malam. Saya juga akan bahagikan masa dengan baik untuk belajar dan bermain.
“Mata pelajaran yang paling saya suka ialah Bahasa Inggeris dan cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru,” katanya ketika ditemui pada majlis Pengumuman Keputusan SPM 2021 di SMK Agama (SMKA) Kedah di sini hari ini.
Sementara itu, ibunya Noraida Hassan, 44, berkata anak sulung daripada dua beradik itu sememangnya menunjukkan minat yang tinggi dalam pelajaran dan sebagai ibu, beliau memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada anaknya itu.
Beliau berkata dari segi fizikal iaitu kemampuan berjalan dan menulis Dhia Qaseh Afia adalah perlahan dan mengalami sedikit kesukaran untuk bercakap, namun otaknya tiada masalah dan sesiapa sahaja yang sudah lama berada di sekelilingnya seperti rakan dan guru boleh memahami percakapannya.
“Dia seorang yang berdikari, semua jadual ulang kaji pelajaran dia yang susun sendiri. Saya dan ayahnya, (Mohd Fadzil Baharom Shah, 46,) hanya akan bantu seperti menghantar dia untuk pergi belajar dan memberi wang untuk membeli data Internet bagi membolehkan dia belajar.
“Dia juga jenis yang tidak suka keluar berjalan kerana masanya banyak habis ke sekolah dah belajar di rumah. Dia suka mencari bahan ilmu di Internet dan sekiranya ada mata pelajaran yang tidak faham, dia akan rujuk dan bertanya kepada guru-gurunya,” katanya.
Noraida yang merupakan suri rumah berkata beliau sangat terkejut apabila dimaklumkan oleh guru sekolah anaknya bahawa Dhia Qaseh Afia mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM.
“Jujurnya, saya tidak jangka dia akan dapat keputusan cemerlang dan selalu cakap bagi lulus peperiksaan sahaja pun sudah bersyukur kerana tahu tahap kemampuannya. Dia menghidap penyakit ini sejak lahir lagi, jadi dia tidak macam pelajar normal yang lain,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager