KEPUTUSAN SPM KURANG MEMUASKAN, IBU BAPA DIHARAP TIDAK BERI TEKANAN KEPADA ANAK
Perjalanan hidup anak-anak itu masih panjang dan terdapat lebih banyak peluang untuk menjadikan mereka seorang insan yang berjaya di dunia serta akhirat.
ALOR SETAR: Ibu bapa diharap tidak terus memberi tekanan kepada anak-anak sekiranya mereka memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang kurang memuaskan.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sebaliknya ibu bapa perlu memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada anak-anak supaya mereka cemerlang pada masa hadapan.
“Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang, teruskan kecemerlangan dengan penuh tawaduk manakala bagi mereka yang tidak memperoleh keputusan yang diidam-idamkan, redalah bahawa ini bukan pengakhiran dalam kehidupan anda.
“Sentiasalah beringat bahawa ini bukan kemuncak dalam kehidupan tetapi baru permulaan dan teruskanlah kerja keras untuk mencatat pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata perjalanan hidup anak-anak itu masih panjang dan terdapat lebih banyak peluang untuk menjadikan mereka seorang insan yang berjaya di dunia serta akhirat.
“Jangan sesekali berputus asa dan jadikan ia sebagai titik perubahan untuk menjadi seorang yang lebih bermotivasi seterusnya menjadi insan yang berjaya dalam segenap aspek kehidupan.
“Apa yang penting bagi saya ialah kemenjadian bagi diri mereka dalam meniti usia remaja secara sihat, mempunyai sahsiah peribadi mulia, kekuatan akal dan mental yang sihat, jati diri yang mantap serta jangan sesekali lalai dari solat,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata pelajar SPM 2021 adalah istimewa kerana mereka bukan sahaja merupakan kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) tetapi juga kumpulan yang benar-benar diuji dengan pembelajaran dalam suasana pandemik hampir sepenuhnya.
“Kepada anak-anak semua, saya berpesan supaya kuasailah ilmu rentas disiplin. Persaingan untuk hidup kini semakin sengit, cabaran kian hebat jadi tiada tempat untuk mereka yang berputus asa,” katanya.
Di Kedah, seramai 383 iaitu 1.52 peratus calon sekolah kerajaan berjaya memperoleh gred A (cemerlang) bagi semua mata pelajaran yang diduduki dalam peperiksaan SPM tahun lepas manakala sejumlah 10 calon mendapat gred A+ (cemerlang tertinggi) dalam kesemua mata pelajaran.
Pengarah Pendidikan negeri Rozaini Ahmad pula berkata pencapaian keseluruhan calon SPM 2021 berdasarkan (Gred Purata) GP negeri ialah 5.14 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar merekodkan pencapaian terbaik dengan GP 2.00.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked