Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ZULKIFLI DIANUGERAH ALUMNI PERINTIS UNIVERSITI ISLAM MADINAH

DALAM NEGARA

ZULKIFLI DIANUGERAH ALUMNI PERINTIS UNIVERSITI ISLAM MADINAH

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dianugerah Alumni Perintis Universiti Islam Madinah, hari ini.

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dianugerah Alumni Perintis Universiti Islam Madinah, hari ini.

Pengurniaan tersebut diperkenan Gabenor Madinah Putera Faizal Abdul Aziz al-Saud bersempena Majlis Konvokesyen ke-58 Universiti Islam Madinah.

Difahamkan Jawatankuasa Penilai mencalonkan nama beliau sebagai penerima tempat pertama anugerah tersebut daripada 138 orang alumni yang tercalon daripada seluruh dunia.

“33 tahun lalu, saya hanyalah anak kampung daripada Terengganu, Malaysia yang tidak mengerti apa-apa. Berkelana ke sini semata-mata mengutip mutiara-mutiara indah daripada para ulama’ Madinah al-Munawwarah.

“Cuma saya ada satu tekad yang kuat untuk sentiasa menjadi yang terbaik dalam kalangan mereka yang terbaik,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Ujar Zulkifli, beliau menganggap anugerah tersebut terlalu kecil jika ingin dibandingkan dengan sumbangan universiti tersebut serta para ulamanya bagi perkembangan Islam di seluruh dunia.

Beliau dalam pada itu turut berbangga bergelar alumni Universiti Islam Madinah dan akan terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara tercinta.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading