SAKSI TIDAK PERNAH NAMPAK SITI BAINUN URUS BAYI JAGAANNYA
Seorang pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau tidak pernah nampak Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menguruskan bayi di rumah tersebut, sebaliknya menyerahkannya kepada tiga penghuni rumah berkenaan.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau tidak pernah nampak Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menguruskan bayi di rumah tersebut, sebaliknya menyerahkannya kepada tiga penghuni rumah berkenaan.
Suhana Zam, 40, berkata sepanjang berada di kondominium di Wangsa Maju milik Siti Bainun atau keluar dengan wanita itu, tiga penghuni rumah berkenaan iaitu Aida, Yasmin serta Balqis yang memandikan serta menukar lampin pakai buang dua bayi, Tulus Jiwa dan Tulus Bael.
“Saya sendiri pernah tengok Tulus Jiwa masa kecil ada masalah alergi kulit, dia bukan bayi yang aktif tetapi dia boleh mengesot dan dia mengesot bawah meja hampir lebih sejam, tiada siapa peduli.
“Tulus Bael pula selalu cedera, contohnya ada satu malam dia dibiarkan bermain-main sendiri sehingga jatuh dan mulut berdarah serta menangis, apabila Aida, Yasmin dan Balqis pujuk dia senyap, lepas itu biarkan dia (Tulus Bael) bermain dan jatuh di tempat yang sama serta berdarah. Budak-budak ini tidak ada penjagaan yang baik kerana kejadian ini berulang dan berlaku dalam masa yang singkat,” katanya.
Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes Siti Bainun.
Suhana berkata beliau pernah menasihatkan Siti Bainun agar tidak berkasar dengan budak-budak di rumah tersebut contohnya cara wanita itu mencium Tulus Bael.
“Saya sendiri nasihat Siti Bainun apabila nampak dia buat sesuatu yang tidak betul, contohnya dia cium Tulus Bael sampai berbekas, saya tegur ‘jangan buat macam tu Nun (Bainun) sakit tu. Siti Bainun cakap ‘budak sindrom tak rasa sakit’.
“Saya tengok balkoni (rumah) tak selamat, ada letak meja tinggi dan kerusi. Saya tegur kalau budak-budak panjat jatuh nanti, Siti Bainun jawab ‘tak apa kak mereka tak panjat,” katanya.
Saksi itu berkata beliau yakin Bella tidur di bilik dobi kerana pernah melihat Siti Bainun bersama Bella ke bilik berkenaan dan wanita itu kembali semula ke ruang hadapan tanpa Bella selain remaja sindrom Down itu juga tidak pernah dilihat bermain di ruang tamu bersama kanak-kanak lain.
Sementara itu, disoal Nor Azizah mengapa saksi tidak tolong cuci najis selepas terhidu bau itu di bilik dobi, Suhana menjawab,”Di rumah Siti Bainun macam ada peraturan. Yasmin, Aida dan Balqis jaga Bella, Tulus Bael dan Tulus Jiwa.
“Sepanjang saya berada di kondominium itu, saya sendiri tidak dibenarkan membuat apa-apa kerja, sampaikan nak bawa gelas ke dapur pun dia tak bagi, kalau saya nak makan pun mereka buat, apatah lagi basuh najis di bilik dobi, itu semua tidak dibenarkan,” kata saksi itu.
Berkenaan laporan polis mengenai kecederaan dialami Bella, Suhana berkata beliau tidak membuat laporan polis kerana memadai dengan laporan yang telah dibuat oleh saksi pendakwaan pertama iaitu Zurianty Sudin.
“Zurianty sudah jumpa Bella dan dia telah membuat laporan polis. Selepas saya tahu Zurianty membuat laporan polis, saya beritahu Zurianty kalau polis nak saya beri keterangan, saya boleh datang beri keterangan.
“Saya tidak bersetuju dengan peguam apabila dikatakan tiada keperluan untuk membuat laporan polis sebab pada masa itu saya rasa risiko sekiranya saya membuat laporan yang mungkin akan mendatangkan bahaya lebih besar kepada Bella, sebab waktu itu tidak sesuai dan saya tidak dapat pastikan Bella dapat dibawa keluar dari rumah itu,” katanya.
Nor Azizah: Peguam ada cadang, pada masa kamu meminta Zurianty tengok keadaan Bella, kamu boleh telefon ambulans, kenapa kamu tidak telefon?
Suhana: Saya tak telefon sebab saya tak pasti bagaimana keadaan Bella, dalam keadaan tenat atau OK, sebab itu kami setuju Zurianty tengok Bella dahulu.
Nor Azizah: Semasa disoal peguam mengenai keterangan kamu yang makan cili banyak, berdiri lama dan lebam adalah sebagai sesuatu yang ekstrem, kamu katakan kamu setuju, kenapa kamu setuju?
Suhana: Saya setuju yang paksa makan cili banyak, berdiri lama perbuatan yang ekstrem…tetapi mengenai lebam di muka Bella tidak boleh kata ekstrem sebab saya tidak tahu bagaimana lebam itu berlaku.
Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi bersambung esok.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked