Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR PALESTIN TERIMA PENDIDIKAN DI PAKISTAN KETIKA ISRAEL TERUS LANCAR SERANGAN

DUNIA

PELAJAR PALESTIN TERIMA PENDIDIKAN DI PAKISTAN KETIKA ISRAEL TERUS LANCAR SERANGAN

Sekumpulan pelajar Palestin tiba di Pakistan pada Isnin untuk melanjutkan pengajian bidang perubatan ketika Israel terus memusnahkan hospital dalam perang genosid yang dilancarkan terhadap penduduk Palestin.

NEW DELHI: Sekumpulan pelajar Palestin tiba di Pakistan pada Isnin untuk melanjutkan pengajian bidang perubatan ketika Israel terus memusnahkan hospital dalam perang genosid yang dilancarkan terhadap penduduk Palestin.

Kumpulan pertama pelajar Palestin tiba di Lahore, wilayah Punjab dan lebih ramai akan tiba di Islamabad, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri Ishaq Dar di platform X miliknya.

“Seramai 190 pelajar akan tiba di Pakistan untuk melanjutkan pengajian bidang perubatan,” katanya.

Israel terus memusnahkan hospital, sekolah, universiti, masjid, dan semua bentuk infrastruktur awam Palestin dalam kempen pengeboman yang berlangsung selama setahun.

Pakistan menawarkan sokongan kemanusiaan kepada rakyat Palestin dan mengecam jenayah perang Israel di pelbagai forum antarabangsa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading