Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PETUGAS ASTRO AWANI MAUT SELEPAS MOTOSIKAL TERBABAS DI LEBUHRAYA MEX

DALAM NEGARA

PETUGAS ASTRO AWANI MAUT SELEPAS MOTOSIKAL TERBABAS DI LEBUHRAYA MEX

KUALA LUMPUR: Seorang petugas Astro Awani maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 8.5 Lebuhraya Maju Ekspres (MEX) dekat sini, pagi tadi. 

Foto JSPT KL

KUALA LUMPUR: Seorang petugas Astro Awani maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Kilometer 8.5 Lebuhraya Maju Ekspres (MEX) dekat sini, pagi tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata Ahmad Hafiz Azhar, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera di kepala.

Beliau berkata polis mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 7.46 pagi, dan kejadian dipercayai berlaku semasa Allahyarham sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Kejadian dipercayai berlaku disebabkan jalan yang licin semasa hujan lebat, mengakibatkan dia terjatuh dan terkena tiang penghadang besi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jenazah editor video di organisasi media itu telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM) untuk dibedah siasat, dan dijangka akan dibawa pulang ke kampung halamannya di  Alor Gajah, Melaka untuk dikebumikan hari ini.

Ahmad Hafiz Azhar atau lebih dikenali sebagai Randy dalam kalangan rakan media, meninggalkan isteri  Nur Farrah Hanna Ibrahim, 35, dan dua anak lelaki masing-masing berusia sembilan bulan dan lima tahun.

Nur Farrah Hanna merupakan petugas Bahagian Pentadbiran dan Fasiliti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Allahyarham juga pernah berkhidmat di Bernama sebelum berpindah ke Astro Awani. 

Tinjauan di Unit Forensik HUKM mendapati puluhan rakan Allahyarham termasuk dari Bernama dan Astro Awani hadir. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading