DAKWAAN ISLAM TERANCAM, TERGUGAT ADALAH NARATIF PALSU – DR ZULKIFLI
PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya Islam terancam dan tergugat adalah naratif palsu yang cuba mengaburi mata rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
PUTRAJAYA: Dakwaan kononnya Islam terancam dan tergugat adalah naratif palsu yang cuba mengaburi mata rakyat Malaysia, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.
Beliau berkata Islam bukan sahaja tidak terancam dan tidak tergugat dalam tempoh Kerajaan Perpaduan memegang tampuk pemerintahan negara malahan terus subur dan mekar di Malaysia.
“Naratif Islam terancam dan tergugat ini sebenarnya terus dimainkan sekian lama demi mengaut sokongan dan membangkitkan sentimen agama.
“Seharusnya, perkara ini perlu dihentikan dan naratif yang adil seiring dengan aspirasi dan hasrat kerajaan diketengah dan diarusperdanakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Menurut Perdana Menteri, tuduhan jelik pihak pembangkang yang memainkan isu tersebut disifatkan pemalsuan fakta dan boleh mencetuskan kebencian.
Zulkifli berkata negara kita kini menjadi tumpuan ulama tersohor dan cendekiawan daripada seluruh dunia yang hadir memberikan tausiyah, nasihat, pesanan serta mencurahkan ilmu mereka di Malaysia.
Antara ulama yang hadir termasuk Al-Imam Al-Akbar Syeikhul Azhar Dr Ahmed Mohammed Ahmed El-Tayeb, Syeikh Ali Jum’ah, Syeikh Ali al-Qaradaghi, Syeikh Abu Bakar Ahmad, Syeikh Yasir Qadhi, Syeikh Omar Suleiman, Syeikh Ahmed al-Raysuni, Syeikh Maheral-Muayqali.
“Ulama hebat ini memuji Malaysia dan mengiktiraf suasana dan keadaan di negara kita yang subur dengan majlis ilmu dan menikmati perkembangan Islam yang sangat baik,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata tuduhan bahawa perundangan Islam dan Mahkamah Syariah akan tergugat adalah sesuatu yang tidak benar dan fitnah jahat kerana kerajaan komited memartabatkan perundangan dan kehakiman Islam.
“Usaha ini adalah menyeluruh bukan sahaja dari aspek penggubalan undang-undang substantif dan prosedural tetapi juga pembangunan sumber manusia, infrastruktur dan ekosistem perundangan Syariah itu sendiri.
“Kajian mengenai Akta Saraan Hakim Syarie, penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah dan pewujudan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia menunjukkan keseriusan kerajaan memberi pengiktirafan kepada pemerkasaan perundangan Syariah,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager