Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR TINGKATAN TIGA MAUT KEMALANGAN, TAK SEMPAT MULA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

DALAM NEGARA

PELAJAR TINGKATAN TIGA MAUT KEMALANGAN, TAK SEMPAT MULA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Midin tidak sempat memulakan hari pertama persekolahan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kepong, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa Noor Hazimi Noor Hashim meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila motosikal Honda EX5 yang ditunggang oleh mangsa dari arah Caltex Pengadang Baru telah dirempuh oleh kereta Perodua Axia yang datang dari arah Kampung Serada menghala ke Titian Baru, Tepoh, Kuala Nerus.

“Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam pada 7.55 pagi yang memaklumkan berlaku kemalangan di Jalan Kepong, Kuala Terengganu. Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang bergerak lurus dirempuh oleh pemandu kereta Axia yang datang dari arah bertentangan.

“Kemalangan menyebabkan Noor Hazimi maut di tempat kejadian, manakala pemandu Axia tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. — AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading