Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BUDAYA YEYE: 20 PEGAWAI TUDM TELAH DIKENAL PASTI, AKAN DIAMBIL TINDAKAN

DALAM NEGARA

BUDAYA YEYE: 20 PEGAWAI TUDM TELAH DIKENAL PASTI, AKAN DIAMBIL TINDAKAN

Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan perundangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: 20 pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didapati terlibat dalam aktiviti tidak bermoral yang tular sebelum ini, akan diambil tindakan.

Panglima Tentera Udara (PTU) Jen Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan perundangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perlu ditegaskan, budaya tidak sihat tersebut bukanlah suatu amalan bagi TUDM.

“TUDM memandang serius sebarang pelanggaran terhadap perintah, direktif dan peraturan, sambil menegaskan bahawa budaya tidak sihat tersebut bukanlah suatu amalan dalam TUDM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pucuk pimpinan TUDM menzahirkan rasa kesal terhadap kejadian yang berlaku dan pihak yang gagal melaksanakan arahan turut akan diambil tindakan sewajarnya.

Pada Isnin lepas, Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengarahkan ATM menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan kemasukan individu luar serta wujudnya kegiatan tidak bermoral seperti ‘Budaya Yeye’ di kem tentera, yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading