Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAKON ARIPAH DAMANHURI MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

PELAKON ARIPAH DAMANHURI MENINGGAL DUNIA

Pada 23 April lalu, Allahyarham yang merupakan kakak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Aripah Damanhuri menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 8.15 pagi tadi.

Perkara tersebut disahkan oleh anaknya Fais al-Hajari menerusi Facebook sambil memaklumkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, jenazah Allahyarham akan diuruskan di HKL sebelum dibawa ke surau At-Tarbiah, Batu Caves untuk disolatkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Kuala Lumpur.

Pada 23 April lalu, Allahyarham yang merupakan kakak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.

Ia susulan paras oksigen Allahyarham menurun sehingga terpaksa ditidurkan akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Allahyarham mula menceburi bidang lakonan sejak tahun 1980-an.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading