Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELARIAN SYRIA DICENGKAM CUACA SEJUK

DUNIA

PELARIAN SYRIA DICENGKAM CUACA SEJUK

DAMSYIK: Cuaca sejuk yang melanda Syria ketika ini memburukkan lagi keadaan penghuni di kem penuh sesak di barat laut negara itu.

Keadaan sejuk melampau itu telah meragut sekurang-kurangnya 10 nyawa termasuk empat individu yang mati akibat menderita hipotermia.

Kematian tersebut turut membabitkan empat beranak yang maut akibat keracunan gas karbon monoksida dalam khemah mereka.

Selain itu, dua lagi penghuni kem yang terletak berhampiran sempadan Turki rentung selepas khemah mereka dijilat api.

Nizar Hamadi, 43, yang kehilangan abang dan tiga ahli keluarga lain termasuk kanak-kanak berusia 3 tahun berkata, cuaca sejuk kali ini amat ekstrem dan jarang berlaku.

“Cuaca kali ini benar-benar sejuk. Suhu turun tidak kurang daripada negatif lapan atau negatif sembilan darjah celcius.

“Sudah suratan takdir, abang serta isteri dan dua anaknya meninggal dunia akibat keracunan gas karbon monoksida,” kata Hamadi.

Katanya lagi, kejadian tragis itu berlaku pada Selasa lalu ketika kesemua mangsa tidur sambil alat pemanas arang dihidupkan.

Kesulitan dihadapi pelarian Syria bertambah selepas tentera rejim dibantu pasukan Rusia membedil kubu terakhir puak pembangkang sejak 1 Disember lalu, menyaksikan lebih 830,000 orang melarikan diri dan berlindung berhampiran sempadan Turki.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric berkata, hampir 143,000 penduduk menjadi pelarian sejak tiga hari lalu.

“Bantuan kemanusiaan perlu ditingkatkan segera kerana pelarian di barat laut Syria terdedah kepada krisis, keganasan dan tentu saja cuaca sejuk melampau termasuk hujan salji,” katanya. — SINAR HARIAN


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading