BEIJING: Hampir 500 juta penduduk China terperangkap selepas pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung ketika wabak koronavirus (Covid-19) merebak ke setiap pelosok wilayah di republik itu.
Angka mengejutkan itu mengatasi jumlah keseluruhan populasi penduduk Amerika Syarikat (AS) yang berjumlah 330 juta orang atau menyamai kira-kira 6.5 peratus penduduk dunia.
Sekurang-kurangnya 48 bandar dan empat wilayah di seluruh China termasuk Wuhan iaitu pusat penyebaran Covid-19 telah mengeluarkan notis rasmi perintah berkurung.
Langkah ketat seperti memastikan penduduk didaftarkan sebelum dibenarkan keluar atau masuk termasuk menutup jalan serta menggantung perkhidmatan kereta api dan pengangkutan awam turut dilaksanakan bagi membendung penularan wabak berkenaan.Pihak berkuasa menutup laluan utama di Wuhan sebagai sebahagian daripada langkah menyekat penularan Covid-19.
Wuhan adalah bandar pertama di China melaksanakan larangan perjalanan pada 23 Januari lalu, sebelum wabak berkenaan tersebar ke lebih 25 negara lain.
Setakat ini, lebih 66,000 kes jangkitan Covid-19 telah disahkan membabitkan lebih 1,400 kematian.
Selepas pintu sempadan Wuhan ditutup pada 23 Januari lalu, semua penerbangan keluar masuk dibatalkan, malah bandar-bandar lain berhampiran Hubei turut mengambil langkah menyekat pergerakan orang ramai.
Susulan itu, penduduk di Wuhan, Huanggang, Enzhou dan beberapa kawasan di Hubei dilarang sama sekali meninggalkan bandar tersebut.
Bandar lumpuh akibat wabak
Sepanjang pelaksanaan arahan berkurung, beberapa bandar terlibat terutamanya Wuhan lumpuh.
Jalan-jalan utama yang biasanya dipenuhi orang ramai kini lengang dan jutaan lagi tidak keluar bekerja selama dua minggu kerana bimbang dijangkiti virus berkenaan.
Malah, seramai 80.41 juta penduduk terjejas selepas perkhidmatan bas dan kereta api digantung.Jalan raya di Beijing lengang selepas penduduk mengelak keluar bagi mengelak dijangkiti koronavirus.
Di sesetengah tempat, orang ramai hanya dibenarkan keluar pada waktu-waktu tertentu.
Terdapat juga sekatan di mana hanya beberapa individu daripada sebuah keluarga dibenarkan meninggalkan kediaman mereka pada satu-satu masa.
Di Beijing dan hab perniagaan Shanghai, sebahagian besar jalan raya serta stesen pengangkutan bawah tanah masih kosong.
Kebanyakan kedai dan restoran juga masih ditutup atau tiada pelanggan.
Jumlah kematian cecah 1,500 orang
Sementara itu, jumlah kematian akibat Covid-19 melonjak kepada 1,500 orang semalam selepas 139 lagi orang mati di wilayah Hubei.
Suruhanjaya kesihatan wilayah itu juga melaporkan 2,420 kes baru Covid-19, kira-kira separuh daripada jumlah sehari sebelumnya.
Skala epidemik bertambah minggu ini selepas pihak berkuasa di Hubei menukar kriteria kes, menyaksikan pertambahan ribuan pesakit baru dalam pengiraan mereka.
Kes didiagnosis secara klinikal melalui pengimejan paru-paru kini dikira sebagai tambahan kes yang menunjukkan positif dalam ujian makmal. — SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked