Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU DITEMUKAN LEMAS, KERETA TERJUNAM DALAM SUNGAI

DALAM NEGARA

PEMANDU DITEMUKAN LEMAS, KERETA TERJUNAM DALAM SUNGAI

Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Ampang Bay, di sini ditemukan meninggal dunia petang ini.

Sumber: BERNAMA

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kereta dinaikinya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Ampang Bay, di sini ditemukan meninggal dunia petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar Timbalan Penguasa Bomba Ismail Mohd Zain berkata mayat Ooi Cheah Jhun, 28, yang beralamat di Jalan Anggerik, di sini ditemukan di dalam kereta di dasar sungai berkenaan.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.37 pagi tadi dan sebanyak 12 anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari BBP Jitra dan Sungai Petani telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Mereka telah melakukan lima selaman bermula 1.29 tengah hari.

“Kira-kira 2.35 petang, kereta mangsa dijumpai di dasar sungai dan berjaya ditimbulkan menggunakan peralatan khas, sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata saksi yang melihat kejadian itu memaklumkan kereta berkenaan dihanyutkan arus deras sebaik jatuh ke dalam sungai sebelum beransur tenggelam.

“Kereta ditemukan kira-kira 20 meter dari lokasi awal ia melanggar tebing dan tenggelam pada kedalaman tujuh meter. Kita menghadapi sedikit kesukaran untuk mengesan kereta itu berikutan air keruh dan arus sungai yang deras,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading