POLIS TAHAN LAPAN INDIVIDU BERHUBUNG KES MERUSUH BERSENJATA DI JOHOR
Polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes merusuh menggunakan senjata di sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor, Sabtu lepas.
JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes merusuh menggunakan senjata di sebuah restoran di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, di sini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian itu berlaku pada 11.05 malam di sebuah restoran makanan Cina di kawasan berkenaan.
Raub berkata punca kejadian dipercayai berpunca daripada masalah peribadi dan perasaan cemburu.
“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sekumpulan lelaki dianggarkan 20 orang menyerang dua mangsa menggunakan kerusi plastik dan botol kaca, menyebabkan seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan.
“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 17 hingga 46 tahun dan seorang daripada mereka mempunyai beberapa rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas tujuh unit telefon bimbit bagi tujuan siasatan dan ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah.
Raub berkata kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata atau objek berbahaya.
Mengulas lanjut, beliau berkata kesemua suspek dibenarkan direman tiga hari hingga 24 Dis bagi membantu siasatan lanjut.
“Polis masih giat mengesan suspek lain yang terlibat dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan serta sentiasa mematuhi undang-undang,” katanya.
Terdahulu, tular di laman Facebook sebuah video berdurasi satu minit 29 saat yang memaparkan insiden pukul dan merusuh melibatkan sekumpulan lelaki berpakaian hitam bertindak memukul dua lelaki yang sedang makan menggunakan objek seperti kerusi sebelum dileraikan oleh orang awam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked