Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU, PENUMPANG MPV MAUT KEMALANGAN DENGAN LORI BUAH

DALAM NEGARA

PEMANDU, PENUMPANG MPV MAUT KEMALANGAN DENGAN LORI BUAH

Pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori bermuatan buah di Kilometer 141.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru malam tadi.

Sumber: JBPM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM: Pemandu dan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori bermuatan buah di Kilometer 141.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan, berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mereka ialah Mohamad Nizar Abdul Rahman, 32, serta Muhammad Fakhrur Razi Usri, 31.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.22 malam.

“Kemalangan melibatkan MPV Toyota Estima dan lori membawa muatan buah, dengan dua mangsa MPV tersepit manakala pemandu lori tidak cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata mangsa tersepit berjaya dikeluarkan pada 11.56 malam oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan menggunakan peralatan khas.

Mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading