Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG WANITA PENGSAN, RATUSAN TERPERANGKAP DALAM INSIDEN MONOREL TERKANDAS

DALAM NEGARA

SEORANG WANITA PENGSAN, RATUSAN TERPERANGKAP DALAM INSIDEN MONOREL TERKANDAS

Seorang wanita pengsan manakala ratusan penumpang lain terperangkap di dalam sebuah tren monorel yang terkandas di laluan Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku berhampiran Maju Junction pada Khamis.

Sumber: JBPM Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Seorang wanita pengsan manakala ratusan penumpang lain terperangkap di dalam sebuah tren monorel yang terkandas di laluan Jalan Sultan Ismail menghala ke Medan Tuanku berhampiran Maju Junction pada Khamis.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi NG999 pada jam 9.39 pagi, sebelum sebuah jentera bersama lima anggota digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi PBK I, Mohamad Remi Bin Che Hat berkata, pasukannya tiba pada jam 9.42 pagi dan mendapati tren terbabit berhenti di laluan Medan Tuanku.

“Pihak pengurusan monorel memaklumkan keadaan terkawal dan kerja-kerja memindahkan penumpang sedang dilakukan oleh pasukan penyelenggaraan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, seramai 373 penumpang telah berjaya dipindahkan dengan selamat, manakala seorang wanita berusia 58 tahun pengsan ketika kejadian.

“Mangsa kembali sedar selepas menerima rawatan awal daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan untuk rawatan lanjut. Operasi ditamatkan pada jam 11.03 pagi,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading