MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN GALI SEMULA KUBUR PELATIH PALAPES UiTM, BENAR INKUES TERBUKA
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan untuk menggali semula kubur Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Muhammad Amir Rusyaidi Muhamad Zaidi.
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan untuk menggali semula kubur Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam Muhammad Amir Rusyaidi Muhamad Zaidi.
Bagaimanapun, Hakim Roszianayati Ahmad membenarkan satu inkues terbuka dijalankan kerana afidavit yang difailkan mengandungi fakta dan dakwaan yang hanya boleh dijelaskan melalui penyempurnaan siasatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Justeru, beliau memerintahkan Ketua Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah membuka semula siasatan kematian dengan melantik seorang pegawai penyiasat baharu dari Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Roszianayati membuat keputusan itu selepas meneliti notis usul serta afidavit yang difailkan oleh bapa Muhammad Amir Rusyaidi iaitu Muhamad Zaidi Abdul Rahman, 53, dalam permohonan beliau terhadap Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara.
Mahkamah turut menolak tiga permohonan lain iaitu perintah agar Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pihak berkaitan mengarahkan penggalian semula jasad dan perintah bagi mengarahkan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur melakukan bedah siasat ke atas jasad si mati dalam tempoh 14 hari selepas jasad dikeluarkan dengan kehadiran pakar forensik bebas dan kehadiran peguam.
Turut ditolak ialah permohonan untuk mengarahkan pakar forensik yang menjalankan bedah siasat itu mengeluarkan laporan bedah siasat dalam tempoh sebulan dari tarikh ia dijalankan, dan satu salinan laporan tersebut diberikan kepada peguam.
Roszianayati, ketika membacakan alasan penghakiman ringkasnya, berkata aduan utama dalam permohonan itu ialah punca kematian Muhammad Amir Rusyaidi.
Beliau berkata berdasarkan penelitian, puncanya telah dikenal pasti melalui pemeriksaan dan rawatan oleh doktor Hospital Shah Alam yang telah mengeluarkan afidavit serta mengesahkan sebab kematian ialah akibat strok haba yang membawa kepada kegagalan pelbagai organ.
Hakim itu berkata mangsa telah dibawa ke hospital pada 10 Nov dan meninggal dunia pada 13 Nov 2024 manakala hasil pelbagai pemeriksaan dan ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan Muhammad Amir Rusyaidi meninggal dunia dalam keadaan dinyahhidratkan dengan teruk sehingga melibatkan organ dalaman lain.
Beliau berkata doktor juga menyatakan bahawa tiada sebarang kecederaan fizikal lain ditemukan kecuali kesan merah di lutut namun ia tidak menjurus kepada kematiannya.
Roszianayati berkata beberapa saksi termasuk jurulatih pada hari kejadian juga telah mengesahkan bahawa Muhammad Amir Rusyaidi bersama rakan-rakannya menjalani latihan Palapes yang agresif sejak 9 Nov 2024, dan ini mengesahkan punca kematiannya seperti yang telah dinyatakan oleh pihak doktor.
“Justeru, tiada keperluan jasad si mati digali dan bedah siasat dijalankan kerana sebab kematian telah dikenal pasti,” katanya.
Beliau berkata, yang menjadi pertikaian adalah cara Muhammad Amir Rusyaidi meninggal dunia dan sama ada kematiannya telah berlaku disebabkan, atau dipercepat oleh sebarang perbuatan atau kecuaian oleh mana-mana pihak lain.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager