KES BUNUH DI RESTORAN: MANGSA DITEMBAK DAN DITETAK, MILIKI 42 REKOD JENAYAH – KP NEGERI SEMBILAN
Lelaki yang dilaporkan maut berhampiran sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di Seremban, malam tadi dipercayai ditetak dan ditembak oleh sekumpulan individu bersenjatakan pistol dan parang.
SEREMBAN: Lelaki yang dilaporkan maut berhampiran sebuah restoran di Nusari Biz Sendayan di sini, malam tadi dipercayai ditetak dan ditembak oleh sekumpulan individu bersenjatakan pistol dan parang.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata mangsa berusia 33 tahun itu, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Pemeriksaan awal terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kesan tetakan dan tembakan.
Beliau berkata siasatan awal menunjukkan mangsa mempunyai 42 rekod jenayah atas pelbagai kesalahan termasuk samun, mendatangkan kecederaan, dan pecah rumah.
“Siasatan mendapati mangsa hadir ke restoran berhampiran lokasi kejadian bersama keluarga untuk makan malam. Ketika menuju ke kenderaan, beberapa kereta yang dinaiki enam suspek dipercayai lelaki berpelitup muka menghalang kereta mangsa sebelum menyerangnya.
“Mangsa cuba melarikan diri ke arah jalan raya, namun suspek terus mengejar dan melepaskan tembakan serta menyerang menggunakan parang sehingga dia mengalami kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Alzafny berkata kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, dan polis kini giat memburu semua suspek serta mengesan kenderaan dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-603222 bagi membantu siasatan,” katanya.
Pagi tadi, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahman dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 daripada seorang lelaki memaklumkan insiden tembakan dan serangan menggunakan senjata tajam di kawasan tersebut pada 11.23 malam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests