Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU REMPUH TIGA PENUNGGANG MOTOSIKAL DIBEBAS DENGAN JAMINAN – POLIS

DALAM NEGARA

PEMANDU REMPUH TIGA PENUNGGANG MOTOSIKAL DIBEBAS DENGAN JAMINAN – POLIS

Pemandu kereta yang disiasat merempuh enam penunggang motosikal ketika berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

KUALA LUMPUR: Pemandu kereta yang disiasat merempuh enam penunggang motosikal ketika berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah selatan dekat Petaling Jaya semalam, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berusia 26 tahun itu mengalami patah bahu akibat kemalangan berkenaan dan sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini.

Beliau berkata polis telah selesai merekodkan keterangannya pada semalam berhubung kejadian itu.

“Keputusan saringan air kencing mendapati lelaki berkenaan negatif penggunaan dadah namun ujian alkohol mendapati tahap alkohol dalam badannya melebihi paras dibenarkan.

“Selain itu, polis juga selesai mengambil keterangan pihak lain yang terlibat dalam kemalangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu saksi kejadian tampil membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, tiga penunggang motosikal dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan ketika mereka sedang berteduh daripada hujan di bawah jejambat di KM19.6 Lebuhraya NKVE arah selatan dekat Petaling Jaya.

Kejadian dilaporkan berlaku pada 5.59 pagi dengan tiga penunggang motosikal itu maut di lokasi kejadian manakala tiga penunggang yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading