Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KERAJAAN TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR, BENARKAN SISTEM BERAJA DIPEROLOK DAN DIGANGGUGUGAT – PM

DALAM NEGARA

KERAJAAN TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR, BENARKAN SISTEM BERAJA DIPEROLOK DAN DIGANGGUGUGAT – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggugugat atas nama kebebasan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersembahkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi pihak Kerajaan dan rakyat Malaysia pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda di Istana Negara hari ini. – Bernama

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak akan bertolak ansur atau membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggugugat atas nama kebebasan.

Katanya, raja laksana pohon dan institusi itu mesti tersemat dipelihara dengan baik.

“Kerajaan pastinya akan mempertahankan dengan memastikan tindakan yang setimpal akan diambil ke atas mana- mana pihak yang cuba mengancam sistem beraja dan keluhuran Perlembagaan,” katanya ketika berucap di Istiadat Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.

Tambah Anwar perkara itu juga sesuai dengan bidalan Melayu bahawa, “Biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua”. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading