Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU VAN MAUT REMPUH KEDAI RUNCIT

DALAM NEGARA

PEMANDU VAN MAUT REMPUH KEDAI RUNCIT

Setibanya di lokasi, bomba mendapati kemalangan melibatkan van yang merempuh kedai runcit hingga mengakibatkan pemandu kenderaan tersepit di bahagian pemandu.

PARIT BUNTAR: Seorang lelaki maut selepas van dipandunya merempuh sebuah kedai runcit di Kampung Simpang 5, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, mangsa Ezrul Azmi, 33, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8 pagi sebelum menghantar anggotanya ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati kemalangan melibatkan van yang merempuh kedai runcit hingga mengakibatkan pemandu kenderaan tersepit di bahagian pemandu.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading