Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANGKU RAJA PAHANG PERKENAN BN, PH BENTUK KERAJAAN NEGERI

DALAM NEGARA

PEMANGKU RAJA PAHANG PERKENAN BN, PH BENTUK KERAJAAN NEGERI

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan untuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri Pahang.

KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan untuk Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri Pahang.

Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang Datuk Ahmad Khirrizal Ab. Rahman berkata, Tengku Hassanal hari ini menerima menghadap serta mendengar cadangan, usul serta hasrat pemimpin parti-parti politik terlibat susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sebagaimana dinyatakan dalam Bahagian II Perkara 3.(1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang, Pemangku Raja Pahang berkenan melantik Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sebagai Menteri Besar Pahang.

“Majlis Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Pahang akan diadakan pada Isnin 28 Nov jam 11 pagi bertempat di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading