Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA CUTI KHAS PADA HARI PENGUNDIAN PARLIMEN PADANG SERAI

DALAM NEGARA

TIADA CUTI KHAS PADA HARI PENGUNDIAN PARLIMEN PADANG SERAI

Kerajaan Kedah tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Padang Serai, 7 Dis ini.

Gambar fail. Sumber BERNAMA

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah tidak dapat mempertimbangkan pemberian cuti khas pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Padang Serai, 7 Dis ini.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ini kerana pilihan raya itu hanya melibatkan satu kawasan Parlimen sahaja di negeri ini.

“Tak dapat dipertimbangkan sebab satu Parlimen saja. Cuti ini ada kuota terhad,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan supaya kerajaan negeri itu mengumumkan cuti khas pada 7 Dis ini bagi memudahkan pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab mereka memandangkan pengundian diadakan pada hari Rabu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan kepada 7 Dis dan pengundian awal pada 3 Dis, berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang disahkan bertanding M. Karupaiya pada 16 Nov lepas.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan enam penjuru yang melibatkan calon Pakatan Harapan, Bersatu, Barisan Nasional, Pejuang, Parti Warisan dan seorang calon Bebas, namun Warisan kemudian mengumumkan tidak mengambil bahagian tetapi logo parti itu masih akan tersenarai dalam kertas undi kerana sudah didaftarkan sebagai satu daripada parti yang bertanding.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading