Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SULTAN JOHOR TERIMA MENGHADAP PM ANWAR

DALAM NEGARA

SULTAN JOHOR TERIMA MENGHADAP PM ANWAR

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto mengenainya turut dikongsi di platform media sosial itu.

Pertemuan tersebut difahamkan berlangsung kira-kira sejam.

Semalam, dilaporkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut berkenan menerima menghadap Perdana Menteri baharu itu.

Khamis lepas, Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail menzahirkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar, 75, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.

Sementara itu, Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter petang ini menjunjung kasih terhadap Sultan Ibrahim di atas perkenan baginda menerimanya menghadap. 

“Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah memberi penjelasan berkait isu kos sara hidup rakyat yang amat memprihatinkan Duli Tuanku.

“Dirgahayu Tuanku,” kata Anwar.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading