Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI DIAWALKAN

DALAM NEGARA

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS KEWANGAN AIDILFITRI DIAWALKAN

Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April.

Sumber Gambar: BERNAMA

SHAH ALAM: Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) 2023 kepada pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan diawalkan daripada 17 April kepada 14 April.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamed berkata, perubahan tarikh dibuat setelah mengambil kira keprihatinan dalam membantu meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan untuk membuat persediaan bagi menyambut perayaan tidak lama lagi.

“Tertakluk kepada penerimaan pakai oleh pihak berkuasa masing-masing, arahan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam satu surat rasmi hari ini.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2023 Februari lalu memaklumkan, pemberian BKKA adalah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu penjawat awam membuat perancangan dan persiapan awal bagi menyambut Hari Raya.

Semua penjawat awam gred 56 ke bawah yang masih berkhidmat sehingga 17 April 2023 termasuk lantikan 87 kontrak akan menerima RM700.

Manakala RM350 akan diberikan kepada pesara perkhidmatan awam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading