MEKANIK DIPENJARA 28 TAHUN, 13 SEBATAN ROGOL, AMANG SEKSUAL ANAK KANDUNG
Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang di bawah umur pada 2017 dan 2018.
SEREMBAN: Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang di bawah umur pada 2017 dan 2018.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 47 tahun mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.
Surita menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala penjara lapan tahun dan satu sebatan serta tambahan dua tahun penjara dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.
Bagaimanapun, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara 18 tahun dan 13 sebatan selepas mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 3 April lepas.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka di Jempol dekat sini, pada 12.01 tengah malam antara 20 hingga 31 Dis 2017 mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah disebat tidak kurang 10 sebatan.
Dia turut didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang ketika itu berumur 12 tahun dua bulan di lokasi dan waktu sama antara 11 hingga 30 April 2018, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama serta dibaca bersama Seksyen 16(a) akta sama.
Pertuduhan itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat mengikut Seksyen Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, mangsa cuba memberitahu perkara itu kepada ibu dan adik-beradiknya selepas kejadian, tetapi dinafikan tertuduh sehingga ibu mangsa tidak mempercayai mangsa.
Bagaimanapun, pada tahun ini, mangsa yang berusia 17 tahun memberitahu rakannya mengenai perbuatan tertuduh dan melaporkan kepada guru pada 3 April seterusnya membuat laporan polis pada hari sama.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana telah insaf dan menyesal dengan perbuatan keji yang dilakukan.
Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung yang mengendalikan kes itu memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran mengambil kira mangsa adalah anak kandung sendiri dan perlu bersifat melindungi selain kejadian itu akan menyebabkan trauma serius kepada mangsa dalam jangka panjang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked