Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROVOKASI ISRAEL DI AL-AQSA AKAN UBAH SITUASI JADI MEDAN PERANG

DUNIA

PROVOKASI ISRAEL DI AL-AQSA AKAN UBAH SITUASI JADI MEDAN PERANG

RAMALLAH: Provokasi berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa adalah perkara yang “tidak boleh diterima” dan akan mencetuskan “peperangan”, kata jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh pada Ahad.

Gambar: AFP

“Serangan terhadap tempat suci dan jemaahnya saban hari semasa bulan Ramadan adalah tidak boleh diterima yang akan memarakkan lagi api pergolakan,” kata Abu Rudeineh.

Jurucakap presiden meminta kerajaan Israel bertanggungjawab terhadap sebarang potensi peningkatan konflik akibat serangan berterusan ke atas tapak suci di Baitulmaqdis, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

“Israel cuba mencabar keazaman rakyat kita, tetapi ini tidak akan mematahkan semangat mereka. Rakyat kita akan tetap teguh, mempertahankan tanah dan kesuciannya, walau apa pun yang terjadi,” katanya. — AlHijrah Online

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading