Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBELIAN PANIK PUNCA BEKALAN BERAS PUTIH TEMPATAN BERKURANGAN

DALAM NEGARA

PEMBELIAN PANIK PUNCA BEKALAN BERAS PUTIH TEMPATAN BERKURANGAN

Pembelian panik menjadi antara punca bekalan beras putih tempatan (BPT) di Johor berkurangan.

JOHOR BAHRU: Pembelian panik menjadi antara punca bekalan beras putih tempatan (BPT) di Johor berkurangan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri, Datuk Zahari Sarip berkata situasi itu tidak sepatutnya terjadi kerana bekalan sedia ada melebihi permintaan bulanan.

Katanya mengikut data dari Agensi Kawal Selia Padi dan Beras Johor dan Jabatan Pertanian negeri, penggunaan beras bagi rakyat negeri itu hanya 21,000 tan metrik sebulan dan bekalan sedia ada adalah 23,000 tan metrik sebulan.

“Cuma yang mungkin berlaku ialah tempat lain atau negeri lain sebut tentang kekurangan beras, ia mungkin menyebabkan rakyat Johor panik.

“Saya ingin maklumkan kepada rakyat Johor supaya membeli seperti biasa, mungkin ada yang biasa beli sebulan sekampit tetapi bulan ini dia beli dua kampit, jadi itu menyebabkan berlakunya kekurangan,” katanya selepas merasmikan program Jualan Agro Madani di Pasar Tani Kekal, Jalan Datin Halimah, Larkin di Johor Bahru.

Setakat ini di Johor tidak berlaku kekurangan yang ketara dan kritikal serta tiada laporan kes peniaga menyorokkan beras.

Bagaimanapun pihaknya mengalu-alukan laporan kejadian sekiranya ada.

Sementara itu Zahari memaklumkan Johor menerima bekalan tambahan 100 tan beras putih tempatan menerusi inisiatif intervensi beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sejak kelmarin. — Al Hijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading