PEMBERIAN PAMPASAN KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH JERLUS DIBAWA KE MESYUARAT KABINET
Cadangan pemberian pampasan kepada keluarga wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.
PUTRAJAYA: Cadangan pemberian pampasan kepada keluarga wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur akan dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu sudah dirancang dan akan dikemukakan dalam mesyuarat berkenaan.
“Saya ingat nak bawa perkara ini ke mesyuarat Kabinet (untuk dibincangkan) … insya-Allah minggu depan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Floria Diraja Putrajaya 2024 di sini hari ini.
Floria Diraja Putrajaya 2024 edisi ke-13 yang melabuhkan tirainya hari ini telah merekodkan sebanyak 800,000 pengunjung sepanjang 11 hari penganjuran.
Semalam, Dr Zaliha berkata kerajaan sedia mempertimbangkan untuk pemberian pampasan selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita berusia 48 tahun itu yang memasuki hari kesembilan dihentikan, semalam.
Pada 23 Ogos lepas, seorang wanita dikenali sebagai G. Vijaya Lakshmi berasal dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata semua permohonan kebenaran merancang pembinaan di ibu kota perlu disertakan dengan laporan geoteknikal yang disediakan oleh konsultan bertauliah.
“Syarat ini terpakai kepada permohonan yang sudah ada kelulusan tetapi arahan pembangunan belum dikeluarkan, serta permohonan yang masih dalam proses dan permohonan yang akan dikemukakan. Langkah ini akan dilaksanakan serta-merta,” katanya.
Ditanya mengenai rangka kerja bagi proses baik pulih tanah jerlus yang dijangka mengambil masa antara tiga hingga enam bulan itu, Maimunah berkata ia termasuk pelaksanaan audit integriti, pemeriksaan saluran air Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan kajian kekukuhan tanah dari segi geologi di kawasan berkenaan.
“Sebab itu ia memakan masa kerana kita perlukan kajian terperinci iaitu dari pintu gerbang Kampung Baru hingga Mydin (di Jalan Masjid India),” katanya.
Maimunah turut menasihati orang ramai agar mematuhi arahan dan memberi kerjasama kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepanjang kerja-kerja pembaikan dijalankan di kawasan terlibat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests