Connect with us

ALHIJRAH NEWS

PEMBERIAN TOL PERCUMA MUSIM PERAYAAN LEBIH BERSASAR SEDANG DIPERINCI – PM ANWAR

DALAM NEGARA

PEMBERIAN TOL PERCUMA MUSIM PERAYAAN LEBIH BERSASAR SEDANG DIPERINCI – PM ANWAR

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata langkah ini selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, hari ini. –fotoBERNAMA

DAVOS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata langkah ini selaras dengan usaha penyelarasan subsidi sebelum ini, yang menumpukan bantuan kepada golongan B40 dan M40, tanpa melibatkan semua pihak secara menyeluruh.

“Ada pihak yang mempersoalkan mengapa tol percuma itu diberikan kepada semua, termasuk kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati. Oleh itu, kita perlu teliti supaya rakyat yang terkesan di peringkat bawah itu diberikan pertimbangan lain. 

“Perkara ini sedang diperincikan. Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, sebelum ini hanya menyatakan prinsip asas bahawa subsidi tidak boleh diteruskan untuk semua, seperti subsidi elektrik dan minyak,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media penutup sempena lawatan kerjanya ke Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, di sini.

Selasa lepas, Nanta dilapor berkata tahun 2024 merupakan tahun terakhir bagi pemberian tol percuma pada musim perayaan dan mesyuarat Kabinet tahun lepas telah memutuskan untuk mencari pendekatan lebih bersasar, yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading