Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA ANGGOTA BOMBA CEDERA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA BERTUGAS

DALAM NEGARA

DUA ANGGOTA BOMBA CEDERA TERKENA RENJATAN ELEKTRIK KETIKA BERTUGAS

Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik semasa bertugas memadam kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Pantai Berahi, Petagas, Sabah malam tadi.

PUTATAN: Dua anggota bomba cedera terkena renjatan elektrik semasa bertugas memadam kebakaran di tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Pantai Berahi, Petagas, Sabah malam tadi.

Mangsa, Amran Amir, 34, dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut oleh jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Manakala mangsa kedua, Shariff Faizul, 38, menerima rawatan di lokasi kejadian oleh pasukan EMRS dan keadaan kedua-dua mangsa dilaporkan stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.59 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, 37 pegawai dan anggota dari BBP Putatan digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak tiga kilometer daripada balai bomba dengan bantuan BBP Penampang dan Kota Kinabalu bersama 4 jentera.

Setiba di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan sebuah rumah atas kedai di tingkat empat terbakar sepenuhnya.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dan ketika operasi, dua anggota bomba telah terkena renjatan elektrik.

“Seorang anggota dihantar ke HQE Kota Kinabalu manakala seorang lagi anggota hanya menerima rawatan daripada pasukan EMRS dan kedua-duanya dalam keadaan stabil.

“Operasi terkawal pada jam 12.40 tengah malam, dan tiada mangsa awam dilaporkan terbabit,” katanya.

Pasukan bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 1.40 pagi tadi dan punca kebakaran masih dalam siasatan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading