Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDEPOSIT TH DINASIHAT BERWASPADA TAKTIK SINDIKET PANGGILAN PALSU

DALAM NEGARA

PENDEPOSIT TH DINASIHAT BERWASPADA TAKTIK SINDIKET PANGGILAN PALSU

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan pendepositnya agar tidak mudah percaya dengan taktik sindiket panggilan telefon dari pihak tidak dikenali berhubung transaksi pemindahan wang.

Gambar Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan pendepositnya agar tidak mudah percaya dengan taktik sindiket panggilan telefon dari pihak tidak dikenali berhubung transaksi pemindahan wang.

Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH Mohamad Ameen Abdul Wahab berkata pihaknya tidak pernah menghubungi pendeposit bagi sebarang tujuan transaksi pemindahan wang.

“TH mengambil maklum akan kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan taktik baharu sindiket ‘Macau Scam’ yang melibatkan pengeluaran wang daripada akaun pendeposit TH yang dihubungkan dengan akaun bank-bank konvensional.

“Pengeluaran tunai hanya boleh dilakukan di kaunter TH melalui pengesahan identiti, perbankan internet pula dikawal dengan kata laluan dan Transaction Authorisation Code (TAC) serta Automated Teller Machine (ATM) bank-bank rakan strategik TH dikawal dengan Postal Index Number (PIN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan, pendeposit juga boleh mengehadkan jumlah pindahan harian melalui perbankan internet bank-bank rakan strategik TH serta membuat semakan penyata akaun secara berkala melalui aplikasi Tabung Haji Online (THiJARI).

“Selain itu, pengeluaran tunai daripada akaun TH juga tidak boleh dilakukan melalui platform THiJARI dan peraturan pengeluaran atau pindahan wang juga tidak boleh dilaksanakan melalui panggilan telefon.

“Arahan pindahan telegrafik di kaunter pula hanya boleh dibuat dari akaun TH ke akaun milik sendiri sahaja. Oleh itu, wang di dalam TH sememangnya selamat,” katanya.

TH komited untuk terus memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH. Untuk sebarang nasihat atau pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan THCC di talian 03-6207 1919. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading