PENDUDUK BERARAK GUNA LORI BERHIAS ALUN TAKBIR RAYA
Penduduk Kampung Sungai Tiram di sini bakal mencipta kelainan tersendiri dalam mengalunkan takbir Hari Raya Aidilfitri pada malam terakhir Ramadan nanti, dengan berarak menaiki lori berhias berkonsepkan reka bentuk masjid.
Komuniti Kampung Sungai Tiram di sini, bakal mencipta kelainan tersendiri dengan mengalunkan takbir Hari Raya Aidilfitri pada setiap malam raya sambil berarak menaiki lori yang dihias menyerupai masjid. Sumber Gambar: BERNAMA
JOHOR BAHRU: Penduduk Kampung Sungai Tiram di sini bakal mencipta kelainan tersendiri dalam mengalunkan takbir Hari Raya Aidilfitri pada malam terakhir Ramadan nanti, dengan berarak menaiki lori berhias berkonsepkan reka bentuk masjid.
Pengasasnya Saiful Abdul Rashid, 67, berkata idea untuk mengadakan perarakan yang dinamakan Program Malam Gema Takbir itu tercetus bagi menarik anak-anak muda daripada berhimpun atau melepak di kampung pada malam raya.
Beliau berkata program tradisi yang diadakan sejak 1997 tersebut berjaya menarik perhatian ramai sehinggakan penduduk sanggup menanti di hadapan rumah dan tepi jalan raya untuk menyaksikan perarakan yang dilimpahi pelbagai cahaya berwarna-warni itu.
Sumber Gambar: BERNAMA
“Pada awalnya kita bermula dengan hanya sebuah lori dan menggunakan lampu kalimantang yang digantung, selepas itu, pada tahun berikutnya, barulah ada ilham supaya lori dihias dan ia diteruskan tahun demi tahun,” katanya kepada Bernama di sini.
Menurutnya, program pada tahun ini pastinya lebih meriah kerana sebanyak lima lori akan digunakan untuk perarakan yang akan membabitkan jarak sejauh 10 kilometer.
Saiful berkata setiap lori memerlukan tenaga kira-kira 10 orang untuk menyiapkan hiasan yang menggunakan bahan seperti kayu sebelum ditambah dengan pelbagai dekorasi dan cahaya.
“Kita giat membuat persiapan sejak pertengahan Ramadan ini dan tentunya program ini akan lebih meriah kerana orang ramai dapat pulang ke kampung halaman pada tahun ini,” katanya.
Sumber Gambar: BERNAMA
Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang Fauzi Faizal berkata usaha penduduk kampung yang mengekalkan tradisi itu sehingga kini perlu diberikan pujian dan ia juga boleh dijadikan sebagai produk pelancongan di negeri ini berdasarkan keunikannya.
Beliau turut bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K.Raven Kumar bagi memasukkan program berkenaan dalam kalendar pelancongan Johor.
“Saya fikir di Johor, kampung ini satu daripada kampung yang menganjurkan program seumpama ini dan ia konsisten sejak lebih 20 tahun lepas, jadi saya fikir ia layak dimasukkan di dalam kalendar pelancongan negeri sekali gus menarik pelancong ke sini,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager