Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JANGAN GUNA LORONG KECEMASAN SEMASA BALIK KAMPUNG – POLIS

DALAM NEGARA

JANGAN GUNA LORONG KECEMASAN SEMASA BALIK KAMPUNG – POLIS

Pengguna jalan raya diingatkan agar tidak menggunakan lorong kecemasan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pengguna jalan raya diingatkan agar tidak menggunakan lorong kecemasan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Supt Azman Shariat berkata, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu turut dipantau pengguna jalan raya lain selain Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kepada pengguna jalan raya yang sempat merakam (gambar atau video) kejadian tersebut, mohon salurkan kepada pihak polis.

“Sila nyatakan tempat dan waktu kejadian berlaku bagi penggunaan untuk pendakwaan,” katanya.

Ujar Azman, tindakan tersebut bukan sahaja menjadi satu kesalahan besar malah boleh menyebabkan kesesakan selain menjadi punca kemalangan.

Orang ramai yang melihat kenderaan menggunakan laluan kecemasan boleh menghantar aduan beserta gambar ke talian 03-55100559 atau talian Whatsapp 019-6459622.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading