Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGANJURAN PRN MELAKA AKAN DITELITI DAHULU

DALAM NEGARA

PENGANJURAN PRN MELAKA AKAN DITELITI DAHULU

Sumber Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti semua aspek keselamatan dan risiko yang ada terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan tersebut memerlukan pandangan segala kepakaran yang melibatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kita belajar daripada apa yang berlaku dalam PRN Sabah dan kita tengok kesannya. Agenda kita adalah untuk selamatkan rakyat.

“SPR akan tentukan selepas kita bawa kepada pimpinan tertinggi. Saya dah arah MKN untuk dekati pihak berkenaan termasuk KKM,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Semalam, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuatkuasa Isnin lalu selepas mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.

Speaker DUN Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata pembubaran DUN dibuat selepas empat ahli DUN menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading